Jumaat, 22 Januari 2010

APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA: PENGUASAAN GURU DAN KEKANGAN DALAM PELAKSANAAN

http://eprints.utm.my/5968/1/08-yahya.pdf

Jurnal yang saya kaji ialah Aplikasi Komputer dalam Pengajaran Bahasa : Penguasaan Guru dan Kekangan dalam pelaksanaan. Oleh Yahya Othman, PhD, Roselan Baki, PhD.
Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia 43400 UPM, Serdang Selangor.
E-Mail:yahyaoth@gmail.com,roselanbaki@hotmail.com.
Pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan komputer dalam
pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Persoalannya, sejauh manakah guru Bahasa Melayu (BM) melaksanakan pengajaran menggunakan komputer dan tahap penguasaan guru serta kekangan
yang dihadapi. Maka kajian secara tinjauan ini meneliti tahap dan kekangan dalam
melaksanakan pengajaran bahasa menggunakan komputer. Di samping itu, kajian juga mengkaji kekangan yang mengganggu pelaksanaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran(p&p. Sampel kajian terdiri daripada 87 guru BM di sekitar daerah Hulu Langat, Selangor. Dapatan kajian menunjukkan sampel kajian menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer dan kebanyakan mereka telah mengikuti kursus asas komputer. Kursus yang berkaitan penyediaan bahan pengajaran multimedia penggunaan internet dan pembinaan laman web agak kurang diberikan perhatian. Kesan pengajaran BM menggunakan komputer kepada pelajar agak positif terutamanya kepada pelajar yang cerdas. Kekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan pengajaran BM berbantukan komputer ialah guru kurang mahir mengendalikan komputer untuk pengajaran dan pelajar kurang berminat dalam pembelajaran.

3 ulasan:

  1. ass'kum,
    Pada pendapat saya teknologi dalam pendidikan dalam bilik darjah dapat meningkatkan produktiviti dan motivasi malah dapat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Ini kerana penggunaan teknologi boleh menarik minat pelajar untuk memperolehi maklumat yang hendak disampaikan malah dapat memudahkan proses pembelajaran di dalam kelas.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum...
    pada pendapat saya pemebelajaran teknologi memang penting dalam P&P tetapi tidak semua pelajar boleh menerima cara pembelajaran tersebut.oleh itu guru sehausnya menggunakan kepelbagaian penggunaan ABM untuk keberkesanan P&P di dalam kelas.

    BalasPadam
  3. Kekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan pengajaran BM berbantukan komputer ialah guru kurang mahir mengendalikan komputer untuk pengajaran dan pelajar kurang berminat dalam pembelajaran.

    BalasPadam